Wednesday, September 12, 2012

Pujuk2 Cari Makan

Aktiviti ni beberapa jam sebelum mak syaurah sakit...yang ni pujuk2 cari makan..lokasi : Fullhouse ~ giant tepi hiWay otw ke KL dr cheras Bt.9. ..



@KPMC

Semalam Syaurah teman Mak kat KPMC (Kajang Plaza Medical Center), kecian dia tidur sama2 dengan Mak.btw dia pun tak sihat sebenarnya. .lepas dah rujuk dengan Dr Hjh Afifah doc just bagi prebiotic 2 kali sehari campur dalam susu. Kesian kat dia..malam semalam langsung tak nak makan.

So today Mak dah discharge dan bawa Syaurah jumpa doc lagi sebab pagi tadi dia masih cirit. Alhamdulillah doc kata dia ok..just ambil Smecta 1/3 dari 1 paket campur dalam susu. Tujuan untuk memekatkan najis tapi jangan terlebih bagi coz nanti boleh sebabkan sembelit.

Today dah kat rumah nampak dia ok dah tetap tak nak makan. Asalkan dia minum susu doc kata dah ok.


Sunday, September 9, 2012

Selsema | Kahak

Lewat malam tadi Syaurah muntah-muntah keluarkan kahak, Alhamdulillah berhasil teknik tepukan keluarkan lendir dan kahak. Semenjak tinggal di taska , hidung berair tu kerap berlaku. Selepas terbaca satu artikel mengenai cara-cara mengeluarkan kahak dan lendir bagi mengelakkan selsema dan batuk berterusan , akhirnya saya cuba.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&bronkospasm0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Boleh terus klik pada url di atas or rujuk di bawah.

Kahak degil ni boleh menyebabkan demam berlarutan , berhati-hati pada kanak-kanak yang berusia lima (5) tahun ke bawah. InsyaAllah.


"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussionini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


Friday, September 7, 2012

My first step..8 April 2011

Masa ni Syaurah dah mula boleh berjalan lebih kurang umur 8 bulan beberapa hari. Bulat je muka dia...minum kuat...tido pun boleh tahan mana badan tak naik...rindu dia ♥


Muffin Song - Fly Fly Butterfly

Wahh now saya dah ada blog ... kenapa nama blog saya "tutupai" sebab ... hmmm saya tak boleh sebut "butterfly" so saya sebut sebagai "tutupai" ... enjoy kawan-kawan youtube "fly fly the tutupaiiii ... " :) 


http://www.youtube.com/watch?v=OFb7ZmzwjwE